Informasi
Kenapa Tuan Rumah Tidak Mampu Menjual Rumah Sendiri?Apabila kita membuat sebarang keputusan untuk menjual rumah, sudah tentulah perkara pertama sekali yang datang bermain didalam minda seseorang itu adalah, apakah nilai hartanah saya? adakah saya tahu harga pasaran sebenar? Adakah saya mampu menjual rumah tersebut?
Mungkin ada dikalangan kita yang beranggapan “saya tidak mahu melantik agen hartanah”. Tetapi apabila kerap kali gagal melayan kehendak pelanggan dan perjalanan penjualan yang rumit serta menyusahkan. Terus sahaja mereka “give-up”. Kebanyakkan tuan rumah kebiasaannya telah berpindah jauh dari lokasi rumah lama. Mungkin mula berasa leceh, dan letih kerana setiap kali ingin menunjukkan rumah anda terpaksa berulang-alik dari rumah baru ke rumah lama. Bukankah sebab-sebab utama anda menjual rumah ini kerana jaraknya jauh dari lokasi yang anda tinggal sekarang? Sudah lah nak jual murah anda terpaksa pula membelanjakan kos-kos sampingan seperti, bayaran toll dan petrol kereta untuk proses jualan berulang-ulang kali. Didalam anda tidak sedar anda sebenarya lebih banyak membuang masa dan tenaga tanpa di sedari.
Tetapi kepada tuan rumah yang mempunyai strategi penjualan hartanah, mereka pasti akan melantik agen hartanah dan merancang strategi pemasaran bersama. Berapa segera yang anda mahu? 1 minggu, 2 minggu, 3 bulan? tuan rumah sepatutnya mengenakan syarat-syarat tertentu, anda mencipta “urgency” dan membolehkan agen hartanah itu bekerja dengan budaya kerja anda. Bukan bekerja dengan menunggu pembeli datang bergolek di depan rumah. Katakan pada agen anda. Jika setakat letakkan “signboard” depan rumah saya, sudah tentu saya pun boleh buat?. Selain itu apakah perancangan encik?. Jika dia punyai rancangan lain lantik dia dengan segera!
Agen hartanah yang mahir dan berpengalaman mempunyai senarai pelanggan hartanah yang panjang. Agen hartanah seperti ini mampu untuk menjual dengan cepat kerana mereka mempunyai jaringan pelanggan yang besar. Sebab itu-lah Agen hartanah bukan sebarang profesion didalam industri ini. Mereka pakar, mereka raja dan mereka bukan lah seperti agen insuran atau agen jualan langsung. Agensi hartanah adalah badan profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Mereka ini terlatih dan sangat mahir didalam selok-belok penjualan, perundangan dan perbankkan. Oleh kerana pengalaman mereka yang “stunning” mereka sentiasa menjadi pilihan pelabur-pelabur hartanah berpengalaman. Jadi kenapa anda tidak mula melantik mereka sebagai “property manager” anda? fikirkan…
Selain dari itu, tuan rumah yang berkerjasama dengan agensi hartanah tidak perlu tertekan dengan kehendak pembeli. Pembeli kebiasaannya akan meminta harga rumah jauh dari harga penilaian – biasalah siapa yang tidak mahu rumah murah. Agen hartanah kebiasaanya akan mengikut syarat dari tuan rumah dengan harga yang ditetapkan. Berbeza dengan tuan rumah yang cuba menjual sendiri, mungkin suatu hari anda berjumpa dengan pembeli yang merupakan seorang pakar jualan langsung atau mempunyai 12 buah agensi insuran dibawahnya. Faham-faham sahajalah mereka ini memang pandai untuk memujuk rayu, kadang-kadang tuan rumah juga akan terpengaruh dan nampak terdesak dengan menjual harga jauh dari nilai pasaran. Jika tuan rumah menggunakan agensi hartanah tuan rumah memasang “proxy” wakil dirinya kepada pembeli. Dengan cara ini bukan sahaja memudahkan tuan rumah, malah ia dapat memberi kelebihan dan memudahkan pembeli yang berurusan dengan agensi.
Mungkin anda tertanya apakah keistimewaan agen hartanah sebagai pakar runding untuk hartanah anda. Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa ramai tuan rumah melantik pakar runding dari agensi hartanah. Diantaranya;
- - Ejen hartanah seoarang yang pakar dan raja didalam kawasannya.
- - Ejen hartanah adalah seorang yang “neutral” mereka bekerja untuk tuan rumah dan pembeli.
- - Ejen hartanah yang juga seorang pelabur adalah yang terbaik dikalangan mereka.
- - Ejen hartanah berbincang dengan bahasa tersendiri, ini kepakaran mereka.
- - Ejen hartanah mempunyai jaringan hartanah yang luas
- - Ejen hartanah mempunyai jaringan peguam yang berpengalaman
- - Ejen hatanah berlesen dikawal selia oleh akta penilai, pentaksir dan ejen hartanah 1981.
- - Ejen hartanah mempunyai pengalaman berurusan dengan pegawai bank mungkin dapat membantu pembeli memperolehi kadar pinjaman yang lebih baik dari peminjam biasa
Selain itu untuk makluman anda, kod amalan hartanah di malaysia merupakan salah satu kod amalan hartanah yang paling terkawal di dunia. Berbeza kod amalan dari pengamal industri di negara jiran, kod amalan mereka disana langsung tiada kawalan. Disana sesiapa sahaja dan tanpa mengambil kira latar belakang dan kerjaya boleh menjual hartanah. Berbeza apabila kita di Malaysia jika anda berurusan dengan (broker) tidak berlesen, atau tidak sah anda dan ulat-ulat itu boleh didenda atau dipenjarakan. Jadi berhati-hati apabila berurusan dengan broker tanpa lesen ini.
Faedah Melantik Ejen Hartanah
Ramai yang tidak mengetahui apa gunanya seorang ejen jika berurusan soal hartanah. Mereka sering menganggap jika melantik ejen hartanah mereka akan dikenakan bayaran lebih. Inilah mentaliti yang perlu kita kikis dalam masyarakat kita hari ini.Hakikat sebenarnya pasaran hartanah ini adalah rumit jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman. Kebaikan mendapatkan ejen hartanahakan menjadikan proses jual-beli lebih mudah dan mengurangkan tekanan. Di bawah adalah garis panduan yang menyenaraikan kebaikan menggunakan ejen hartanah:-
1. Pengetahuan dan kemahiran
Dalam bidang kerjaya ejen hartanah ini, amatlah penting untuk anda mempunyai banyak pengetahuan terutamanya mengenai hartanah yang hendak anda jual. Bagi ejen yang sudah lama dalam bidang ini, mereka tidak perlu risau lagi. Akan tetapi, jika anda seorang ejen baru hendak memulakan perniagaan dalam urus niaga hartanah ini, anda harus bijak mengutip pengalaman dan pengetahuan dari mereka yang sudah lama di bidang ini.
Membeli rumah adalah lebih dari sekadar menawarkan harga. Seorang ejen perlu berpengetahuan tentang komuniti, kejiranan, sekolah, sistem jalan, hospital, membeli-belah, lokasi pasaraya dan sebagainya. Hal ini bagi memastikan hartanah yang hendak dijual itu menjadi rebutan ramai pihak. Maka dengan ini, hartanah anda mudah terjual.
2. Penjimat masa.
Masa itu emas. Pengguna yang bijak akan menggunakan masa itu dengan sebaik mungkin. Mereka tidak akan mensia-siakan masa itu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sekiranya anda mahu menjual atau membeli rumah, anda tidak perlu membazir masa anda ke sana dan ke mari mencari hartanah yang sesuai. Serahkan sahaja semua tugas-tugas itu kepada ejen.
Seorang ejen boleh menguruskan jadual lawatan pembeli berpotensi termasuk membantu menunjukkan contoh-contoh hartanah yang dimiliki. Pembeli cuma perlu menyatakan jenis hartanah yang bagaimana mahu dibeli dan membuat pilihan melalui senarai yang diberikan oleh ejen.
Sebagai ejen, mereka turut menguruskan sesi lawatan dengan mendapatkan hartanah yang sesuai dengan kriteria yang diingini. Hal ini dapat menjimatkan masa daripada melihat rumah yang tidak menepati kriteria. Dan masa yang ada itu anda boleh isikannya dengan urusan lain.
3. Pembantu harga jual beli
Seandainya, anda ingin membeli sesuatu hartanah yang tidak menggunakan ejen. Kebarangkalian anda akan ditipu berkaitan dengan harga sangatlah tinggi. Apatah lagi jika penjual itu tahu yang anda tidak pernah berurusan soal jual-beli hartanah. Penjual boleh sahaja meletakkan harga yang tinggi semahu-mahunya.
Jadi di sini, jalan pintas untuk mengelakkan anda di tipu dalm soal jual-beli hartanah ini adalah dengan menggunakan khidmat ejen yang berdaftar. Seorang ejen hartanah akan mengetahui sama ada rumah yang mahu dibeli itu berbaloi dengan harganya atau pun tidak.
Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran. Semua ini akan diselidiki dan dibandingkan dengan harga yang ditawarkan.
Di samping itu mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari sesuatu hartanah itu sudah berada di pasaran untuk dijual.
Semua ini harus diambil kira dalam proses rundingan harga. Jangan mudah terpedaya dengan harga yang ditawarkan. Seeloknya, anda sebagai pembeli harus tahu di tahap mana kemampuan anda untuk memiliki sesuatu hartanah itu.
4. Hubungan penting
Jika anda rakyat biasa yang ingin membeli sesuatu hartanah dan tidak mengenali pihak yang tertentu dalam menguruskan jual-beli hartanah ini, saya tegaskan sekali lagi anda wajib mempunyai seorang ejen hartanah. Jangan anda fikir semua ejen akan memakan wang anda. Ini kerana ejen berdaftar ada kadar komisen yang patut diterimanya dalam sesuatu jualan. Melainkan jika anda berurusan dengan ejen hartanah haram.
Seorang ejen boleh mengesyorkan pihak yang pakar seperti pemeriksa rumah, syarikat kewangan, peguam yang baik dan sebagainya kepada anda. Anda hanya tinggal menyetujui atau pun tidak sahaja. Sehubungan itu, ejen-ejen hartanah ini juga mempunyai hubungan dan rangkaian yang baik serta boleh memberi pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan bijak. Jadi tidak ada ruginya di sini jika anda menggunakan khidmat seseorang ejen. Malah, saya rasa banyak keuntungannya buat anda.
5. Pengurusan dokumen
Dalam urus niaga hartanah ini banyak melibatkan pengurusan dokumen penting pindah hak milik. Jadi urusannya sudah pasti merumitkan. Hanya mereka yang pakar dan biasa melakukannya sahaja boleh menguruskannya dengan baik. Dokumen pembelian biasanya menjangkau lebih sepuluh muka surat. Ianya bermula daripada keputusan pemilik menjual rumah sehingga masa penyerahan kunci kepada pemilik baru. Setiap proses perlu direkodkan secara rasmi menggunakan pelbagai jenis borang hartanah.
Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul. Jadi pembeli dan penjual tidak perlu bimbang akan urus niaga mereka. Cuma yang perlu anda perhatikan adalah pemilihan ejen. Kerana ini akan melibatkan keseruluhan proses jual beli hartanah anda.
6. Sokongan
Seorang ejen hartanah memainkan peranan yang sangat penting dalam jual-beli hartanah. Dengan mendapatkan seorang ejen hartanah, anda boleh menjimatkan masa, duit dan mengurangkan banyak tekanan. Kepada mereka yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan jual-beli hartanah, ejen yang berkualiti adalah satu kewajipan
0 comments:
Post a Comment